Wednesday, January 20, 2016

SUMBANGAN McDONALD's KEPADA MASYARAKAT



Dalam kemelut yang melanda  dengan pelbagai tohmahan dan fitnah, McDonald's Malaysia terus mengorak langkah maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang.

Mungkin ramai diantara kita  yang tidak menyedari bahawa McDonald's Malaysia juga banyak menyumbang kepada masyarakat.

Antara sumbangan McDonald's Malaysia adalah dengan menubuhkan Ronald McDonald House Charities (RMHC) pada Februari 1990. RMHC adalah salah satu dari 300 buah yang ada diseluruh dunia bagi membantu kanak-kanak kanak yang kurang upaya agar dapat membantu mereka menjalani kehidupan seharian.

Jika anda pernah makan di restoran McDonald's, anda tentu pernah melihat ada peti derma kecil yang berada di sebelah kuanter pembayaran.

Pernahkah anda terfikir kemana wang derma itu digunakan dan sejauh mana nilainya mampu memberi harapan kepada yang memerlukan ?

Sebenarnya setiap sen yang anda hulurkan kepada Tabung Derma RMHC mempunyai banyak cerita sedih dan pilu disebaliknya yang mana telah banyak membantu merubah hidup ramai insan-insan yang  kurang bernasib baik.

RMHC merupakan satu badan amal pilihan McDonald's yang telah membantu ribuan kanak-kanak di seluruh dunia, mengubah kehidupan mereka melalui Pendidikan, kesihatan dan membantu kebajikan mereka.

RMHC amat bergantung kepada sumbangan orang ramai dan badan korporat serta dermawan dalam usaha untuk meneruskan agenda kebajikan mereka. Kutipan derma dari tabung RMHC pernah mencecah RM200 juta pada tahun 2013.

RMHC Malaysia sejak 25 tahun yang lalu semakin kukuh  menghadapi cabaran demi cabaran dalam usaha mereka membantu kanak-kanak Malaysia memenuhi keperluan mereka.

Di McDonald's, anda sebenarnya bukan sekadar menjamu selera, kerana setiap sen yang anda hulurkan juga telah menyumbang kepada masyarakat.

Seharusnya rakyat Malaysia yang dermawan terus membantu dengan terus menyumbang kepada RMHC kerana bantuan kecil yang anda hulurkan dapat mengubah kehidupan ramai manusia.

Terima Kasih Rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment