Saturday, February 13, 2016

SINAR SENYUMAN DARI RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES


Sejak penubuhan Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia 25 tahun yang  lalu telah banyak jasa dan bakti telah dicurahkan kepada rakyat Malaysia terutama kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kesihatan, pendidikan dan kebajikan mereka.

Apa yang menarik dengan RMHC ini, terdapat empat program teras yang menjadi keutamaannya iaitu :

1- Ronald McDonald House
2- Ronald McDonald Sensory Room
3- Ronald McDonald Gift of Smile
4- Ronald McDonald Scholarship Programme

Seperti yang saya jelaskan pada artikel yang lalu, Ronald McDonald House yang ditubuhkan pada tahun 1990 merupakan rumah penginapan sementara bagi pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka yang pertama seumpamanya di Asean.

Istimewanya didalam Rumah RMHC ini terdapat 19 bilik tidur yang dihias cantik agar dapat memberikan keselesaan dan ketenangan mereka. Ruang tamunya juga luas, tempat makan yang selesa dan ruang dapur yang  luas dan selesa.

Bagi menambahkan kecerian RMHC juga menyediakan tempat permainan kanak-kanak yang sesuai dengan pelbagai usia termasuklah bilik komputer. Untuk pengetahuan lebih dari 600 keluarga telah menikmati manfaat dari rumah ini.

Sejak ia ditubuhkan sehingga kini lebih daripada RM4.5 juta telah disalurkan melalui pertubuhan ini.  Pada masa akan datang RMHC akan berusaha meningkatkan lebih kesedaran dalam memberi khidmat kepada kanak-kanak dan juga famili mereka.

Ronald McDonald Sensory Room pula menyediakan pelbagai peralatan deria bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah yang berkaitan dengan deria. Semua peralatan ini digunakan untuk membantu merangsang deria bau, deria sentuhan, penglihatan dan pendengaran mereka.

Terdapat 20 Ronald Sensory Room diseluruh dunia yang telah membantu lebih 5000 kanak-kanak yang mengalami masalah berkaitan dengan deria. Untuk Program ini sahaja, lebih RM1.7 juta wang telah dibelanjakan sejak tahun 1999.

Ini membuktikan yang program ini telah banyak memberi manfaat dan kebaikan rakyat Malaysia kanak-kanak yang mengalami masalah deria tersebut. Berdasarkan kepada keperluan McDonalds bercadang untuk membuka Ronald McDonald Sensory Room disetiap negeri diseluruh Malaysia.

Senyuman kanak-kanak merupakan senyuman yang terindah didunia. Bagi mengembalikan senyuman yang hilang dari bibir kanak-kanak yang sumbing Mcdonalds memperkenalkan Ronald McDonald Gift Smile. Program ini telah diperkenalkan sejak 2004.

Sejak dipekenalkan program ini telah membantu lebih  dari 350 kanak-kanak menjalani pembedahan bagi membetulkan kedudukan bibir mereka. Program ini telah menelan belanja lebih dari RM3 juta sejak ia diperkenalkan.

Untuk seterusnya McDonalds melalui Ronald McDonald Sensory Room telah mula membiayai pembedahan peringkat ke dua yang terdiri dari orthodontik dan prosuder pencantuman tulang.

RMHC juga merasakan adalah rugi dan cukup mendukacitakan andai kanak-kanak yang cemerlang didalam pelajaran terhalang kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Merasakan nasib mereka ini perlu dibela dan diberi perhatian, RMHC dibawah program "Ronald McDonald Scholarship Programme" dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sudi menghulur bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang yang keluarga mereka berpendpatan rendah.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 1997, "Ronald McDonald Scholarship Programme" telah memberi manfaat kepada lebih 500 pelajar menerusi program ini. Menerusi program ini juga lebih RM 2.6 juta telah dibelanjakan sejak ia dilancarkan 19 tahun yang lalu.

RMHC berhasrat akan meneruskan bantuan kewangan ini kepada lebih banyak lagi pelajar-pelajar yang layak.

Sepanjang penubuhannya selama 25 tahun yang lalu, RMHC telah menyumbangkan lebih RM 11 juta bagi membantu tidak kurang 20,000 kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Semua kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan beberapa individu penderma dan warga koperat yang cukup prihatin. RMHC sentiasa berharap akan ada terus sokongan dari warga Malaysia agar mereka dapat terus membantu lebih ramai kanak-kanak yang kurang bernasib baik dimasa akan datang.

Sekalung tahniah diucapkan kerana telah membuat kehidupan mereka  lebih bersinar dimasa hadapan.

No comments:

Post a Comment